Assalamualaikum...
Seperti semua orang..saya juga mempunyai kisah Shaklee yang tersendiri. Ia bermula pada tahun 2012, selepas melahirkan anak yang kedua. Sebagai seorang ibu yang bekerjaya , saya merasa amat terkesan apabila menguruskan anak terutama apabila suami terpaksa keluar awal pagi dan balik agak lewat, setelah malam menjelma. Saya berasa amat letih melakukan tugas harian terutamanya setelah pulang bekerja. Ia tambah memenatkan kerana saya adalah seorang ibu menyusu, dimana apa yang saya makan bukan sahaja digunakan untuk badan saya sendiri tetapi juga turut digunakan oleh anak kecil saya, Ifwan Ariff. Lelaki pulak tu kan...!!
Pernah juga kawan di office menegur, yang saya nampak kurang bermaya, dan letih , tidak kelihatan seperti umur sebenar saya ( untuk pengetahuan anda, di pejabat, saya adalah antara staff yang paling muda). Saya tahu yang saya ni penat, dan tak larat..dan saya juga telah mencuba pelbagai jenis ikhtiar, termasuklah mencuba pelbagai jenis produk jamu, yang menjanji kan lebih tenaga utk keperluan harian...tapi, tak ada satu pun yang sesuai dengan saya. Saya masih lagi rasa letih, terlalu letih... Sehinggalah teman pejabat saya mencadangkan saya untuk mengambil supplement/ vitamin tambahan. Teman saya mencadangkan saya untuk mencuba vitamin B Complex. Saya pun mula membuat research tentang B complex. Kelebihan, kekurangan, apa jadi kalau terlebih makan, dan banyak lagi aspek yang saya kaji.
Akhirnya saya decide untuk mencuba Shaklee...Saya pun hubungi teman lama saya dari sekolah menengah untuk bertanyakan tentang Shaklee. Saya pun bersetuju untuk mengambil Set Menyusu yang mengandungi Vitalea, Vita C, B complex, Alfalfa dan ESP...Memang saya rasa sangat berbaloi bila saya memang nampak perbezaannya. Saya rasa lebih bertenaga, susu yang saya pam pun nampak lebih pekat. Memang berbaloi setiap sen yang dilaburkan... Yang lebih saya kagum ialah apabila hasil susu yang saya pam..walaupun di bulan puasa, hasilnya tetap sama dengan pada waktu bulan-bulan lain dengan mengamalkan Mighty 3 Gem secara konsisten iaitu ESP, Meal shake dan Performance drink...Alhamdulillah, saya dapat menyempurnakan penyusuan anak saya selama 2 tahun seperti yang disarankan...Dan dengan izin Allah, kini selepas menjadi pengguna tegar setelah sekian lama, saya ingin mengajak anda semua mencuba kebaikan dan kelebihan supplemen Shaklee ini dan jatuh cinta dengannya. Tak kenal maka tak cinta, kan??
Isu mahal?? Jika dihitung secara jangka panjang, sebagai contoh, Sustained Release Vita C yang berharga RM92.50 mengandungi 180 biji. Jika di ambil sebiji sehari, sebotol Vita C boleh tahan sehingga 6 bulan!! dan harganya menjadi RM 0.52 sen sehari, dalam usaha untuk menaikkan sistem imun / daya tahan melawan penyakit.
Kalau nak cerita pasal shaklee ni, mmg tak habis-habis laa kan? tapi tu lah, nk cerita banyak sangat pun kalau anda betul-betul nak tau , kena cuba dulu... jadi, kalau nak order, boleh laa hubungi saya untuk oder. InsyaAllah, saya akan beri konsultasi terbaik dan akan mencadangkan produk mengikut budget anda. Kalau nak tanya-tanya pun takde masalah.
saya boleh dihubungi melalui:
Call /Whatsapp/sms :0122751789
afidah.kasim@gmail.com
FB : Afidah Kasim
FB Fan page : Miss Nugget Vitamin Shoppe
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
No comments:
Post a Comment