Showing posts with label Vita C. Show all posts
Showing posts with label Vita C. Show all posts

Sunday, January 11, 2015

Wah..awet muda ke??? Nak rahsia?




Ramai yang cakap kulit saya cantik..dan tak nampak macam  umur saya sekarang nih pun.. Untuk pengetahuan uolss, umur saya dah masuk 31 dah ...tapi, kadang2 ada orang masih ingat saya tak habis sekolah.... kulit tak nmpk sangat kot  proses penuaan tu...Nak kulit cantik?? Semua orang nak kan?? 

Thursday, January 8, 2015

Ulser mulut lambat baik?? Sakitnya....



Pernah alami ulser yang macam ni???
Sakit kan?? kalau nak tunggu baik sendiri tu ...aduii laa..bercinta lambatnya!!! 
Nak tau  macam mana nak kasi cepat elok tak???  haa...meh sini saya habaq mai...
Kalau saya lah yang kena tu, cepat-cepat saya cari Shaklee Sustained Released Vita C saya. Saya tingkatkan dos pengambilan.. kalau biasanya saya ambil  2 biji sehari... saya akan ambil 2 biji (dipatahkan) ambil 2 - 3 kali sehari.. bukan time ulser aje, time demam (atau rasa2 nak demam) , time batuk, selsema pun macam tu...  iye laa.. dari pada makan ubat batuk, yang ada drugs... baik try cara yg lebih semulajadi dulu kan??? Dan tentulah Shaklee ni pilihan saya..sebab saya mmg yakin yang Shaklee ni semulajadi, dan berkesan..



Apa yang membuatkan Vitamin C Shaklee ni bagus yer????? Meh sini kita kupas....  Pasal Vitamin C ni pun Shaklee ada 2 jenis... Sustained released Vita C Plus (500mg) dan Chewable Vita C (100mg) ...
 
Kedua-duanya mempunyai ramuan yang sama cuma Chewable Plus C mempunyai pertambahan Rose Hips Powder yang sangat tinggi kandungan Vitamin C dan dikatakan bertindak sebagai tonik yang dapat membantu simpto,- simptom perti selsema, sembelit, artihritis dan sebagainya. Bezanya cuma darisegi dosage iaitu Chewable C plus hanya mengandungi 100 mg manakala SR Vita C ialah 500 mg. 

Bagaimanakah pula caranya kita nak tahu keperluan vitamin C ?? banyak mana yang kita perlu?? Jom rujuk jadual keperluan dibawah ni..



Yang kanan sekali tu maximum pengambilan Vitamin C, belah kiri tu jumlah yg paling minimum pengambilan... jadi  bolehlaa kita bermuhasabah cukup tak  pengambilan kita tu?? 


Nak Order??? 
Boleh klik di link dibawah untuk pembelian online. atau boleh hubungi saya untuk konsultasi percuma.

Afidah Kasim
ID: 1069412
Call/ whatsapp/sms : 0122751789



Tuesday, May 13, 2014

Kisah saya dan Shaklee....Bagaimana kami bermula...?

Assalamualaikum...
Seperti semua orang..saya juga mempunyai kisah Shaklee yang tersendiri. Ia bermula pada tahun 2012, selepas melahirkan anak yang kedua. Sebagai seorang ibu yang bekerjaya , saya merasa amat terkesan apabila menguruskan anak terutama apabila suami terpaksa keluar awal pagi dan balik agak lewat, setelah malam menjelma. Saya berasa amat letih melakukan tugas harian terutamanya setelah pulang bekerja. Ia tambah memenatkan kerana saya adalah seorang ibu menyusu, dimana apa yang saya makan bukan sahaja digunakan untuk badan saya sendiri tetapi juga turut digunakan oleh anak kecil saya, Ifwan Ariff. Lelaki pulak tu kan...!!

Pernah juga kawan di office menegur, yang saya nampak kurang bermaya, dan letih , tidak kelihatan seperti umur sebenar saya ( untuk pengetahuan anda, di pejabat, saya adalah antara staff yang paling muda). Saya tahu yang saya ni penat, dan tak larat..dan saya juga telah mencuba pelbagai jenis ikhtiar, termasuklah mencuba pelbagai jenis produk jamu, yang menjanji kan lebih tenaga utk keperluan harian...tapi, tak ada satu pun yang sesuai dengan saya. Saya masih lagi rasa letih, terlalu letih... Sehinggalah teman pejabat saya mencadangkan saya untuk mengambil supplement/ vitamin tambahan. Teman saya mencadangkan saya untuk mencuba vitamin B Complex. Saya pun mula membuat research tentang B complex. Kelebihan, kekurangan, apa jadi kalau terlebih makan, dan banyak lagi aspek yang saya kaji.

Akhirnya saya decide untuk mencuba Shaklee...Saya pun hubungi teman lama saya dari sekolah menengah untuk bertanyakan tentang Shaklee. Saya pun bersetuju untuk mengambil Set Menyusu yang mengandungi Vitalea, Vita C, B complex, Alfalfa dan ESP...Memang saya rasa sangat berbaloi bila  saya memang nampak perbezaannya. Saya rasa lebih bertenaga, susu yang saya pam pun nampak lebih pekat. Memang berbaloi setiap sen yang dilaburkan... Yang lebih saya kagum ialah apabila hasil susu yang saya pam..walaupun di bulan puasa, hasilnya tetap sama dengan pada waktu bulan-bulan lain dengan mengamalkan Mighty 3 Gem secara konsisten iaitu ESP, Meal shake dan Performance drink...Alhamdulillah, saya dapat menyempurnakan penyusuan anak saya selama 2 tahun seperti yang disarankan...Dan dengan izin Allah, kini selepas menjadi pengguna tegar setelah sekian lama, saya ingin mengajak anda semua mencuba kebaikan dan kelebihan supplemen Shaklee ini dan jatuh cinta dengannya. Tak kenal maka tak cinta, kan??

Isu mahal?? Jika dihitung secara jangka panjang, sebagai contoh, Sustained Release Vita C yang berharga RM92.50 mengandungi 180 biji. Jika di ambil sebiji sehari, sebotol Vita C boleh tahan sehingga 6 bulan!! dan harganya menjadi RM  0.52 sen sehari, dalam usaha untuk menaikkan sistem imun / daya tahan melawan penyakit.

Kalau nak cerita pasal shaklee ni, mmg tak habis-habis laa kan? tapi tu lah, nk cerita banyak sangat pun kalau anda betul-betul nak tau , kena cuba dulu... jadi, kalau nak order, boleh laa hubungi saya untuk oder. InsyaAllah, saya akan beri konsultasi terbaik dan akan mencadangkan produk mengikut budget anda. Kalau nak tanya-tanya pun takde masalah.

saya boleh dihubungi melalui: 
Call /Whatsapp/sms :0122751789
afidah.kasim@gmail.com
FB : Afidah Kasim
FB Fan page : Miss Nugget Vitamin Shoppe

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.